SABAH, THAILAND PERKUKUH KERJASAMA SEKTOR TERNAKAN

MESYUARAT: Jamawi (tujuh kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sorawut selepas mesyuarat dua hala pertama MAFFI dan Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand di Bangkok, pada Rabu.

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) dan Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand mengadakan mesyuarat dua hala pertama di Bangkok bagi memperkukuh jalinan kerjasama dalam bidang ternakan, veterinar dan unggas.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, mesyuarat itu memberi tumpuan khusus kepada import ayam keratan dari Thailand yang bernilai lebih RM500 juta setahun.

Katanya, perbincangan turut menjurus kepada pensijilan halal produk ayam, keperluan pusat penyembelihan yang teratur serta pengawalan penyakit bawaan unggas atau selesema burung bagi memastikan keselamatan makanan lebih terjamin untuk rakyat Sabah.

Delegasi Thailand diketuai Setiausaha Kementerian Pertanian dan Koperasi, Sorawut Nueangjamnong; Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Ternakan, Somchuan Ratanamangkhalanon; Pengarah Biro Piawaian dan Pensijilan Produk Ternakan, Yutthana Sophi; Pengarah Bahagian Kerjasama Ternakan Antarabangsa, Wanida Chaengprachak; serta Pegawai Veterinar, Peringkat Profesional Kanan, Bahagian Kerjasama Ternakan Antarabangsa, Photchana Sakrasae.

Delegasi MAFFI disertai oleh Timbalan Setiausaha Tetap MAFFI, Shariffah Aznoor Jap; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS), Dr. Zul Bahar Abdul Rashid bersama pegawai serta Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA), Datuk Shawn Davey.

Selain bidang ternakan, Sabah turut mempelawa Thailand memperluaskan kerjasama dalam bidang pertanian lain, termasuk industri tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kerjasama itu khususnya membabitkan pemindahan teknologi antara pengusaha pertanian Thailand dan pengusaha pertanian Sabah pada masa akan datang.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

HAK, KEPENTINGAN SABAH DALAM MA63 TERUS DIPERJUANG

PAMERAN: Musa bersama Joachim (kiri) dan Jafry (kanan) ketika melawat pameran sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah. KOTA KINABALU: …

SABAH, THAILAND PERKUKUH KERJASAMA SEKTOR TERNAKAN

MESYUARAT: Jamawi (tujuh kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sorawut selepas mesyuarat dua hala pertama MAFFI dan Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand …

KAUNTER BERGERAK BUDI DIESEL DICADANG DIPERLUAS DI SABAH, SARAWAK: MUSTAPHA

MUSTAPHA – Gambar fail BERNAMA KOTA KINABALU: Program Kaunter Bergerak BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dicadang diperluas di Sabah dan Sarawak …