CADANGAN PINDAH PASAR BESAR KK KELUAR DARI KAWASAN BANDAR

TINJAU: Hajiji semasa membuat tinjauan ke tapak lokasi yang dicadangkan.

 KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Pasar Besar Kota Kinabalu keluar dari pusat bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menyediakan satu kertas kerja yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet kemudian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau dua tapak yang dicadangkan bagi pasar baharu itu di Alam Mesra dan di Jalan Tun Fuad Stephens hari ini.

Beliau berkata, Pejabat Datuk Bandar turut akan mengemukakan cadangan mengenai perancangan bagi tapak Pasar Besar Kota Kinabalu sedia ada selepas pasar itu dipindahkan.

“Sebab itu kita melawat tapak-tapak yang dicadangkan bagi Pasar Besar baharu ini, tetapi ia masih di peringkat awal.

“Jika pasar baharu dibina, ia akan dilengkapi dengan semua kemudahan, lebih besar dan lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Hajiji melawat tanah kerajaan negeri seluas 40 ekar di sepanjang Jalan UMS, Alam Mesra, yang dicadangkan sebagai tapak Hab Pasar Bersepadu Kota Kinabalu Utara.

Beliau diberi taklimat mengenai tapak berkenaan oleh Datuk Bandar Datuk Sabin Samitah.

Antara kemudahan yang dicadangkan di hab pasar berkenaan ialah pasar kering, pasar basah, pusat produk kebudayaan, tempatan dan pelancongan, pusat penjaja serta jeti ikan.

Beliau turut melawat tapak kedua yang terletak di atas tanah komersial bercampur milik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan berhampiran Kampung Likas, di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, bersebelahan Anjung Selera.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai dan Datuk Ceasar Mandela Malakun.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …