DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di Jawi yang melibatkan 4 orang Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 46 premis. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, siasatan aduan oleh pengguna, pemantauan terhadap pematuhan undang-undang pelindungan pengguna dan pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.
KPDN Pulau Pinang akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi hak pengguna daripada sebarang penyelewengan di pasaran.
Bagi tindakan yang lebih pantas, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran berikut:
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



