POTRET PM ‘PENYERI’ RUMAH SAMBUT MERDEKA

DUNGUN – Seorang suri rumah teruja menghias rumahnya di Taman Madani, Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini dengan dekorasi bertemakan patriotik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-69.

Kitam Mat Deris, 55, berkata, dia bukan sahaja menghias rumahnya dengan Jalur Gemilang malah dekorasi lain seperti payung dan potret kesemua 10 Perdana Menteri.

“Kerja-kerja menghias rumah saya ini telah dilakukan se­dikit demi sedikit sejak awal bu­lan ini.

“Kebiasaannya saya yang dibantu suami, Che Musa Is­mail, 74, dan anak, Murni Sa­fi­qah, 32, mengambil masa ti­ga jam setiap pagi dan petang un­tuk melalukan kerja-ker­ja meng­hias,” katanya ketika di­­temui di Taman Madani, Ban­dar Al Muktafi Billah Shah, di sini semalam.

Katanya, dia sekeluarga meng­habiskan lebih RM500 un­tuk membeli Jalur Gemilang dan dekorasi lain bagi meng­hias rumah mereka sempena Bu­­lan Kebangsaan ta­hun ini.

Katanya, dia tidak kisah ber­­belanja asalkan rumahnya ce­ria selain dapat menarik ma­sya­rakat setempat terutama ge­­nerasi muda menghayati erti kemerdekaan negara.

“Sengaja letak potret semua Perdana Menteri di pekarangan rumah agar anak-anak muda mengenalinya.

“Kerja-kerja dekorasi kemer­de­kaan ini tidak leceh lagi se­bab saya memang minat menghias laman rumah dengan po­­kok bunga dan herba sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, dia juga ber­syukur usaha keluarga men­da­pat pengiktirafan apabi­la ter­pi­lih mewakili taman pe­ruma­hannya dalam per­tan­di­ngan keceriaan sempena sam­butan Hari Kebangsaan kali ini anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

 

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2026/08/30/potret-pm-penyeri-rumah-sambut-merdeka/

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …