70 LOT KEDAI PAKAIAN ‘BUNDLE’ MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU

MUSNAH: Deretan lot kedai pakaian ‘bundle’ di kawasan berkenaan musnah dalam kebakaran.

TAWAU: Kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian ‘bundle’ musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Titingan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, kebakaran membabitkan deretan kedai tidak kekal berkeluasan kira-kira 100 x 120 meter persegi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 pagi sebelum 16 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba kira-kira tujuh minit kemudian, iaitu pada jam 4.51 pagi, selepas menempuh perjalanan sejauh tiga kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran membabitkan kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian bundle jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 700 kaki dengan enam pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada jentera bomba dan pili bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.23 pagi sekali gus menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Sebanyak 350 rumah dan lot kedai berjaya diselamatkan daripada turut terbakar.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.42 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi,” katanya.

Jemishin berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan dan akan dimaklumkan selepas siasatan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …