SCAM ALERT : APK SCAM – SATU KLIK BOLEH KOSONGKAN AKAUN ANDA

Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun aplikasi (APK) daripada pautan yang dihantar melalui SMS, WhatsApp atau media sosial kerana ia berisiko menjadi perangkap scammer untuk mencuri data peribadi, OTP/TAC serta mengakses aplikasi perbankan mangsa.

Antara tanda-tanda APK scam ialah aplikasi tidak dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store, meminta akses kepada SMS, panggilan telefon dan notifikasi, selain menggunakan alasan seperti saman trafik, bantuan kerajaan, hadiah atau tawaran kerja sambilan bagi memperdaya mangsa.

Sekiranya anda telah  tersilap memuat turun aplikasi mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 untuk tindakan pantas serta buat laporan polis dengan segera.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …