Siaran Terkini : 18 Ogos 2026
Gambaran Keseluruhan
Job Market Insights merupakan keluaran suku tahunan berdasarkan penawaran pekerjaan yang diiklankan secara dalam talian oleh laman sesawang pengambilan pekerja popular swasta. Laporan tersebut mengandungi maklumat utama mengenai penawaran pekerjaan iaitu bagi kategori kumpulan utama pekerjaan dan aktiviti ekonomi utama.
Penawaran Pekerjaan Diiklankan dalam Talian, Suku Kedua 2026
Bilangan penawaran pekerjaan yang diiklankan secara dalam talian pada suku kedua 2026 menurun 11.4 peratus kepada 555,509.
Penawaran Pekerjaan Diiklankan dalam Talian bagi Kategori Kumpulan Utama Pekerjaan
Penawaran pekerjaan dalam talian tertumpu kepada kategori Profesional, merangkumi 51.5 peratus atau 285,907 penawaran pekerjaan pada suku kedua 2026, berbanding 315,768 penawaran pekerjaan yang direkodkan pada suku pertama 2026. Kategori Pengurus merekodkan 87,950 penawaran, diikuti oleh Juruteknik dan Profesional Bersekutu dengan 86,512 penawaran pekerjaan. Permintaan yang lebih tinggi diperhatikan bagi Profesional Pengiklanan dan Pemasaran (40,640 penawaran pekerjaan), diikuti Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif (29,649 penawaran pekerjaan), Profesional Bersekutu Pentadbiran (23,984 penawaran pekerjaan), Akauntan dan Juruaudit (22,067 penawaran pekerjaan) dan Pembangun Perisian (19,899 penawaran pekerjaan).
Penawaran Pekerjaan Diiklankan dalam Talian bagi Aktiviti Ekonomi
Sektor Perkhidmatan terus mendominasi dengan 43.9 peratus atau 243,896 penawaran pekerjaan pada suku kedua 2026, turun berbanding 78.8 peratus pada suku pertama 2026. Subsektor Perdagangan Borong dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal merekodkan jumlah penawaran pekerjaan tertinggi dalam sektor Perkhidmatan dengan 78,526 penawaran, diikuti Aktiviti Profesional, Saintifik dan Teknikal dengan 32,127 penawaran pekerjaan, Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan dengan 28,788 penawaran pekerjaan, Aktiviti Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Minuman dengan 20,629 penawaran pekerjaan serta Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful dengan 20,593 penawaran pekerjaan.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



