MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET KESELAMATAN DAN KESESAKAN JALAN RAYA

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR), hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat JK-MKKJR Bil. 1/2026 bagi memperkukuh penyelarasan strategik dalam menangani isu keselamatan dan kesesakan jalan raya negara.

Mesyuarat antara lain memberi tumpuan kepada persediaan penyuraian trafik dan integrasi pengangkutan awam menjelang pengoperasian RTS Link Johor Bahru–Singapura, selain meneliti usaha mengurangkan kematian nahas jalan raya yang merekodkan 6,537 nyawa pada tahun 2025, dengan kira-kira 66 peratus melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia turut serta dalam mesyuarat tersebut sebagai komitmen JPJ untuk terus memperkukuh penguatkuasaan, advokasi dan kerjasama strategik demi keselamatan pengguna jalan raya.

 

Sumber: https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/?locale=ms_MY

Artikel/Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Disertakan maklumat …

PERHIMPUNAN SETIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JPJ Negeri …