SEKILAS MELIHAT TELEFON, RISIKO KEMALANGAN MENINGKAT BERKALI GANDA

Masih ramai pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu walaupun menyedari perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Setiap kali mata beralih daripada jalan raya untuk membaca mesej, menjawab panggilan atau melayari media sosial, tumpuan pemanduan akan terganggu dan masa tindak balas terhadap situasi kecemasan menjadi lebih perlahan.

 

Jangan gunakan telefon bimbit ketika memandu.

Jangan membaca atau membalas mesej.

Jangan biarkan gangguan digital mengatasi keselamatan.

 

Fokus sepenuhnya kepada pemanduan.

Berhenti di lokasi yang selamat jika perlu menggunakan telefon.

Jadilah pemandu yang bertanggungjawab.

 

 

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …