LAPORAN SURVEI TENAGA BURUH, SUKU TAHUN KEDUA 2026

LAPORAN SURVEI TENAGA BURUH, SUKU TAHUN KEDUA 2026

Siaran Terkini : 11 Ogos 2026

Gambaran Keseluruhan

Tenaga buruh pada suku tahun kedua 2026 berkembang 0.3 peratus, meningkat sebanyak 43.7 ribu orang kepada 17.28 juta orang (ST1 2026: 17.23 juta orang). Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) mengekalkan kadar yang sama iaitu 70.9 peratus seperti yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

Bilangan penduduk bekerja mengekalkan trend peningkatan pada suku tahun kedua 2026, merekodkan pertambahan sebanyak 40.5 ribu orang (0.2%) kepada 16.77 juta orang (ST1 2026: 16.73 juta orang). Perbandingan tahun ke tahun, penduduk bekerja meningkat 1.1 peratus, bersamaan dengan pertambahan 179.2 ribu orang berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025 (ST2 2025: 16.59 juta orang).

Pada suku tahun kedua 2026, bilangan penganggur meningkat sebanyak 0.6 peratus, merekodkan 509.7 ribu orang berbanding 506.5 ribu orang pada suku tahun sebelumnya. Begitu juga, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.0 peratus (ST1 2026: 2.9%). Perbandingan tahunan menunjukkan bilangan penganggur menurun sebanyak 1.6 peratus (-8.1 ribu orang) berbanding suku tahun kedua 2025, manakala kadar pengangguran kekal tidak berubah (ST2 2025: 517.8 ribu orang; 3.0%).

Di peringkat nasional, KPTB kekal 70.9 peratus pada suku tahun kedua 2026. Sebanyak lima negeri mencatatkan KPTB yang melebihi kadar nasional, dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan KPTB tertinggi, 79.4 peratus, diikuti oleh negeri Selangor (77.9%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (76.0%).

Di peringkat negeri, sembilan negeri merekodkan kadar pengangguran di bawah kadar pengangguran nasional iaitu 3.0 peratus. Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar pengangguran terendah pada 1.3 peratus, diikuti oleh negeri Melaka & Pahang (2.0%) dan negeri Selangor (2.1%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …