PROGRAM WACANA KEPIMPINAN PENDIDIKAN : MENGGALAS INTEGRITI, MEMPERKASA KESELAMATAN NEGARA

Program Wacana Kepimpinan Pendidikan: Menggalas Integriti, Memperkasa Keselamatan Negara Keselamatan yang dianjurkan secara kolaborasi antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ini telah diadakan pada 10 Ogos 2026 bertempat di SMK Rantau Petronas, Kemaman.

Program ini disempurnakan oleh En Ismail bin Md Ali, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan dan Perancangan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan anggaran kehadiran 80 orang peserta dari kalangan guru besar dan pengetua di daerah Kemaman dan Dungun.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan peranan guru besar dan pengetua sebagai ketua di sekolah supaya dapat menerapkan amalan tadbir urus yang berintegiriti dan menyebarluas kepentingan keselamatan di kalangan tenaga pengajar dan pelajar.

Pengisian pertama Program adalah Pocket Talk dan Sesi Interaktif bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Terengganu. Pengisian seterusnya adalah Forum Integriti dan Keselamatan Negara menampilkan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan wakil Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu sebagai ahli panel membincangkan mengenai peranan yang boleh dimainkan sektor pendidikan dalam membudayakan Malaysia sebagai negara yang tinggi integriti dan jauh dari amalan rasuah.

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …