KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA, KEMERDEKAAN WARISAN KITA

Kemerdekaan negara kita bukan sekadar catatan dalam buku sejarah atau sambutan yang diraikan pada setiap 31 Ogos. Kemerdekaan adalah nikmat yang membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman, bebas dan sejahtera. Justeru itu, mempertahankan kemerdekaan bukan sekadar satu pilihan sebaliknya merupakan warisan yang kita galas dan tanggungjawab yang perlu dibina serta dipelihara bersama.

Sempena Bulan Kebangsaan tahun ini yang membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, rakyat perlu lebih menghayati bahawa kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini tidak hadir dengan mudah. Ia terbina hasil pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan usaha berterusan pelbagai pihak memastikan keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara.

Mempertahankan kemerdekaan pada masa kini tidak semestinya dilakukan melalui perjuangan bersenjata. Sebaliknya, ia boleh diterjemahkan melalui tindakan harian seperti menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi undang-undang, menjaga keharmonian masyarakat, menolak ekstremisme serta tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu dan anasir yang boleh menggugat keamanan negara.

Setiap rakyat mempunyai peranan dalam memastikan Malaysia terus aman dan sejahtera. Golongan muda khususnya perlu memahami sejarah negara serta menghargai kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang menjadi kekuatan Malaysia. Perpaduan yang kukuh merupakan benteng penting dalam menghadapi cabaran keselamatan dan ancaman baharu. Kesejahteraan yang dinikmati hari ini juga tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha. Sebaliknya, ia perlu dipertahan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Kemerdekaan adalah amanah. Keamanan adalah tanggungjawab. Kesejahteraan pula merupakan hasil daripada usaha bersama. Oleh itu, marilah kita sama-sama terus berdiri teguh mempertahankan kedaulatan negara agar Malaysia kekal aman, bersatu dan sejahtera untuk generasi hari ini dan akan datang.

Sumber:https://dmedia.penerangan.gov.my/upload/sm/26062026.1247820866.pdf

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …