BANJIR GULA

Tanda-tanda tubuh “banjir gula” jangan dipandang ringan.

Paras gula darah yang terlalu tinggi boleh memberi kesan kepada tubuh walaupun seseorang masih kelihatan sihat. Antara tanda awal ialah cepat haus, kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam, mudah letih, mengantuk selepas makan dan penglihatan kabur.

Jika berlarutan, ia boleh menyebabkan luka lambat sembuh, kulit gatal, jangkitan berulang, penurunan berat badan tanpa sebab serta kebas atau rasa mencucuk pada kaki.

Dapatkan pemeriksaan gula darah jika mengalami gejala ini. Segera ke hospital jika disertai muntah, sakit perut, nafas laju, kekeliruan, mengantuk melampau atau nafas berbau buah kerana ia boleh menjadi tanda kecemasan diabetes.

Sumber: @publichealthmalaysia
#AWANInews

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …