PEMANDU BAS PELANCONG REMPUH KERETA KETIKA CUBA LARIKAN DIRI

RAMPAS: Dadah Jenis Ekstasi Yang Dirampas Polis Dalam Operasi Di Jalan Penampang Baru, Penampang.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas pelancong ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di Jalan Penampang Baru, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, suspek lelaki berusia 26 tahun terbabit bertindak merempuh sebuah kereta ketika cuba meloloskan diri daripada pihak polis.

Suspek turut bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum berjaya diberkas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas mengesan kenderaan terbabit yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, ketika polis cuba menahan kenderaan berkenaan, suspek bertindak merempuh sebuah kereta yang menghalang laluannya dalam usaha melarikan diri.

“Selepas kenderaan berjaya ditahan, suspek sekali lagi cuba melarikan diri dan bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis.

“Pasukan serbuan kemudian menggunakan kekerasan minimum sebelum berjaya menahan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan sebuah bekas lutsinar mengandungi paket plastik disyaki dadah jenis ekstasi.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 11 paket plastik berwarna perak bertulisan ‘PUMPKINS’ dan berlogo labu, mengandungi serbuk disyaki ekstasi seberat keseluruhan 370.74 gram.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang dipandu suspek dan sebuah telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, suspek bersama semua barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah berkenaan serta mengesan individu lain yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …