KES CURI METER AIR DIREKODKAN DI KUALA TERENGGANU

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) merekodkan sebanyak 134 kes kecurian meter air yang berlaku di daerah Kuala Terengganu dan Marang sejak Julai lalu.

​Kes berkenaan dipercayai dilakukan secara terancang dan bukannya kes terpencil memandangkan ia berlaku secara serentak di beberapa kawasan perumahan, dan yang lebih membimbangkan terdapat meter air yang baharu dipasang dan belum diaktifkan turut menjadi sasaran pencuri.

Kejadian ini bermula Julai lalu secara mengejut di mana penduduk bangun pagi mendapati meter air mereka sudah hilang. Pada awalnya ingat ia kes terpencil membabitkan individu mencuri besi, tetapi berdasarkan corak (pattern) kejadian, ia lebih kepada tindakan terancang.

​Misteri kehilangan meter air yang semakin berleluasa sekitar daerah ini dan Marang mencetuskan tanda tanya serta keresahan dalam kalangan penduduk setempat. Isu berkenaan mendapat perhatian ramai selepas ditularkan di media sosial termasuk hantaran video mengenai kehilangan meter air terbaharu yang dikongsikan pengguna di platform tersebut.

Untuk makluman, kos bagi setiap meter air termasuk kos pemasangan adalah kurang daripada RM200 bagi setiap satu unit, namun kerugian sebenar yang ditanggung lebih kepada pembaziran bekalan air dan gangguan kepada pengguna.  ​Tindakan pencuri yang tidak menutup aliran bekalan selepas mencuri meter menyebabkan air bersih terbuang begitu sahaja sepanjang malam.

Bagi mengatasi isu ini, SATU telah membuat beberapa laporan polis dan dijadualkan mengadakan perjumpaan khas bersama Ketua Polis Negeri Terengganu esok bagi membincangkan langkah pencegahan serta tindakan lanjut.  ​Pihak SATU juga memberi keutamaan untuk menggantikan meter air yang hilang secepat mungkin bagi menghentikan pembaziran air.  ​Dalam pada itu, dinasihatkan pengguna terjejas supaya membuat laporan segera kepada pihak SATU dan memperkasakan persatuan penduduk setempat bagi memantau kawasan kediaman masing-masing.

​Mengulas mengenai kos penggantian meter yang dicuri, pihak SATU menjelaskan ia tertakluk kepada ketetapan perniagaan syarikat berdasarkan senario kes, sama ada meter berada di dalam atau di luar pagar premis pengguna.

Ruj: Sinar Harian 2/8/26

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …