KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU: Kerajaan MADANI terus komited menjaga “ekonomi rakyat” dengan memastikan prestasi ekonomi negara memberi limpahan nikmat yang dapat dirasai dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata meskipun petunjuk ekonomi pada peringkat nasional dan negeri menunjukkan perkembangan memberangsangkan termasuk dari segi pelaburan, hasil, rizab, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perdagangan, perkara paling penting ialah kesannya terhadap kehidupan seharian rakyat.

“Ekonomi rakyat adalah ekonomi yang tuan-tuan dan puan-puan sendiri rasai. Sebagai contoh, pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel atau pun BUDI MADANI. Kita tahu di Sabah serta Sarawak ada yang perlu merentas daerah dan melakukan perjalanan agak jauh. Perkara ini memang dalam perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Jemaah Menteri.

“Inilah yang membolehkan rakyat melihat bahawa kecemerlangan di peringkat nasional benar-benar memberi kesan sehingga dapat dinikmati, dirasai dan dizahirkan dalam kocek rakyat. Ini akan menjadi satu daripada keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi Zon Sabah dan Labuan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) kementerian Datuk Aminurrahim Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Suwadi Guliling dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datin Rozita Waty Ridzuan.

Fahmi berkata meskipun kerajaan terus memberi perhatian terhadap prestasi ekonomi makro secara keseluruhan, aspek yang lebih penting ialah memastikan pertumbuhan ekonomi tersebut dapat diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai secara langsung oleh setiap individu dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata perhatian terhadap realiti kehidupan rakyat juga penting khususnya dalam pelaksanaan dasar seperti penyasaran subsidi yang memberi kesan berbeza mengikut lokasi dan keadaan setempat, termasuk di Sabah dan Sarawak yang mempunyai jarak perjalanan antara daerah yang jauh.

Fahmi berkata dalam konteks itu, kementerian dan agensi kerajaan turut mempunyai tanggungjawab memastikan dasar serta program yang dilaksanakan dapat diterangkan dengan tepat dan menyeluruh kepada rakyat bagi mengelakkan salah tafsir atau kekeliruan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …