KERJASAMA PIBG DALAM MENINGKATKAN KESELAMATAN PELAJAR DI SEKOLAH

Ibu bapa, pelajar, guru-guru dan sekolah bolehlah diumpamakan sebagai satu rantaian kehidupan. Terputus salah satunya maka tergantunglah rantaian itu.

Pelajar dihantar ibu bapa ke sekolah untuk dididik oleh guru-guru dengan penuh pengharapan dan mengharapkan pulangnya pula dengan suatu kejayaan.

Lalu wujudlah Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah-sekolah demi kesinambungan usaha ke arah keberhasilan dan kemenjadian murid/pelajar serta juga memartabatkan institusi pendidikan.

Namun begitu, dalam menelusuri usaha murni ini, tidak dapat tidak kita berdepan dengan pelbagai rintangan terutamanya kejadian jenayah melibatkan pelajar sekolah dan juga kes melibatkan guru. Tidak terkecuali campur tangan lanjut daripada pihak ibu bapa yang menjejaskan lagi masalah/isu dihadapi.

Berikutan peningkatan kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah, kerjasama (PIBG) bersama pihak sekolah untuk bersama-sama memperkasakan keselamatan di sekolah perlu dipertingkatkan

Antara cadangan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama ialah seperti berikut :

Program “Ibu Bapa Sukarelawan”:

Rondaan ibu bapa secara bergilir di kawasan sekolah waktu balik sekolah dan ini boleh dilakukan ke atas sekolah-sekolah yang berdepan masalah disiplin serius dan luar kawalan.

Tabung Keselamatan:
Kutipan dana untuk pembelian loceng kecemasan, penambahbaikan pagar sekolah dan lampu limpah boleh dilakukan dan dikawal urus dengan tatakelola yang baik demi mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat di sekolah.

Ceramah & Bengkel Keselamatan:
Menjemput pihak PDRM, AADK dan Pegawai KKM sebagai contoh untuk memberi ceramah kepada ibu bapa dan pelajar. Pihak sekolah perlu sedia bekerjasama dari aspek logistik dan pelaksanaan. Dengan sokongan padu PIBG, matlamat melahirkan persekitaran sekolah yang selamat dapat dicapai.

Selain itu juga ibu bapa yang bekerja dalam bidang keselamatan juga boleh menunaikan tanggungjawab sosial dalam menyalur idea dan berperanan sebagai penasihat dari pelbagai aspek mencakupi keselamatan jenayah, disiplin, keselamatan lalulintas dan isu moral yang lain.

 

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/perkukuh-peranan-pibg-bentuk-generasi-masa-depan/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …