DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, YBrs. Tuan Mohamad Kairi Ghazalli telah menyempurnakan pelepasan 10 orang belia asnaf yang terpilih mengikuti Kursus Teknologi Kimpalan di The Welding Institute (TWI). MAINPP memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM310,000.00 bagi membolehkan kesemua peserta mengikuti latihan ini secara percuma. Program tersebut memberi peluang kepada peserta memperoleh latihan kimpalan yang menepati standard industri antarabangsa menggunakan bengkel, peralatan dan fasiliti yang lengkap.
Pensijilan TWI yang diiktiraf di peringkat global dijangka meningkatkan kebolehpasaran peserta serta membuka peluang kerjaya yang lebih luas dalam sektor minyak dan gas, industri berat serta bidang teknikal berkaitan.
Dalam amanatnya, YBrs. Tuan Mohamad Kairi mengingatkan para peserta supaya memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya, memberikan komitmen penuh sepanjang latihan dan menjadikan kemahiran yang diperoleh sebagai asas untuk membina kerjaya serta membantu keluarga. Inisiatif ini mencerminkan komitmen MAINPP melalui agensinya Zakat MAINPP untuk memastikan dana zakat digunakan bagi membina kemahiran, meningkatkan pendapatan dan membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.
Sumber : Zakat MAINPP https://www.facebook.com/zakatmainpp



