BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas kepada keharmonian, kemajuan dan kesejahteraan negara. Apabila kita saling menghormati, memahami perbezaan serta berganding bahu dalam setiap usaha, cabaran mampu dihadapi bersama dan kejayaan dapat dikongsi bersama.

Setiap kata yang baik, setiap tindakan yang positif dan setiap semangat kerjasama yang ditunjukkan mampu mengukuhkan ikatan sesama kita. Kepelbagaian bukan penghalang, sebaliknya kekuatan yang menjadikan Malaysia lebih kukuh dan berdaya saing.

Marilah kita terus memupuk budaya saling menghormati, bekerjasama dan menyemai nilai perpaduan dalam kehidupan seharian demi membina masyarakat yang harmoni serta masa depan yang lebih gemilang.

“Bersatu hari ini, cemerlang esok. Bersama kita mampu, Bersatu Kita Maju.”

Sumber : Jabatan Perpaduan  Negara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …