AKTIVITI PENDAKIAN KINI DIKAWAL LEBIH KETAT, ELAK RISIKO SESAT, KOS SAR TINGGI

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memperketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, termasuk mengehadkan day hike atau compressed hike di kawasan pergunungan berisiko tinggi, bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kos operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Kecenderungan sesetengah pendaki yang mengambil mudah persediaan, mengejar trend media sosial dan meneroka laluan baharu tanpa kebenaran, menjadi antara punca utama kejadian kecemasan dan sesat di hutan.

Fokus utama kerajaan ialah mengurangkan risiko kejadian sesat dan kemalangan, sekali gus untuk meminimumkan keperluan operasi SAR yang melibatkan kos serta

sumber yang tinggi. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko keletihan yang melampau, sesat laluan dan juga kejadian kecemasan sebelum ia berlaku

Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menguatkuasakan larangan aktiviti compressed hike di kawasan berisiko, manakala Jabatan Perlindungan

Hidupan Liar dan Taman Negara turut melarang aktiviti berkenaan di kawasan ekopelancongan, di bawah seliaannya.

Kerajaan sedang memperkukuh mekanisme saringan sebelum pendakian melalui pengisytiharan status kesihatan, rekod perubatan, perlindungan insurans serta cadangan pelaksanaan saringan gejala High Altitude Illness dan Acute Mountain Sickness terutama di Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Tahan, Pahang.

Langkah itu membolehkan pendaki yang berisiko dikenal pasti lebih awal, sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti pendakian.

Selain itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga mewajibkan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP) di 189 kawasan pendakian yang berisiko tinggi.

MGP yang berperanan sebagai jurupandu arah bertauliah turut menyokong aspek keselamatan pendaki, tindak balas kecemasan serta pematuhan kepada amalan pendakian.

Sehingga kini, sebanyak 2,322 orang daripada komuniti setempat termasuk masyarakat Orang Asli, telah ditauliahkan sebagai MGP melalui Program Pembangunan Kemahiran MGP.

Penggunaan teknologi seperti Sistem Pengurusan Trek Pendakian berasaskan Sistem Maklumat Geografi dan penderiaan jauh sedang dibangunkan bersama Agensi Angkasa Malaysia, selain ujian penggunaan peranti penjejak GPS bagi pendaki.

 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia

https://www.nres.gov.my/msmy/Mengenai/MaklumatBahagian/Pages/BahagianPengurusanMaklumat.aspx

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …