STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, JUN 2026

Siaran Terkini : 28 Julai 2026

Gambaran Keseluruhan

Pulau Pinang mendominasi eksport negara dengan sumbangan 48.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia pada Jun 2026

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM340.9 bilion pada Jun 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM177.9 bilion dan RM163.0 bilion.

Eksport bernilai RM177.9 bilion pada Jun 2026, meningkat RM55.6 bilion (+45.4%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport ini disumbangkan oleh eksport lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM39.0 bilion), Johor (+RM8.7 bilion), Sarawak (+RM4.3 bilion), Selangor (+RM4.0 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM880.4 juta), Perak (+RM567.5 juta), Kedah (+RM178.7 juta), W.P. Labuan (+RM153.8 juta) dan Negeri Sembilan (+RM99.9 juta). Walau bagaimanapun, eksport menurun di Perlis (-RM22.1 juta), Kelantan (-RM63.3 juta), Terengganu (-RM93.7 juta), Pahang (-RM104.6 juta), Melaka (-RM508.7 juta) dan Sabah (-RM547.5 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 48.9 peratus, diikuti oleh Johor (17.6%), Selangor (13.8%), Sarawak (6.0%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.2%).

Import pada Jun 2026 meningkat RM49.7 bilion (+43.9%) berbanding bulan yang sama tahun 2025. Peningkatan import ini disumbangkan oleh import lebih tinggi di kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang (+RM19.5 bilion), Johor (+RM11.9 bilion), Selangor (+RM9.2 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM8.3 bilion), Kedah (+RM1.5 bilion), Negeri Sembilan (+RM748.7 juta), Perak (+RM398.6 juta), Pahang (+RM266.6 juta) dan Sabah (+RM4.8 juta). Walau bagaimanapun, import menurun di Kelantan (-RM12.4 juta), W.P. Labuan (-RM17.3 juta), Perlis (-RM31.6 juta), Sarawak (-RM32.6 juta), Terengganu (-RM50.0 juta) dan Melaka (-RM559.7 juta).

Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan pegangan 28.4 peratus, diikuti oleh Johor (24.2%), Selangor (22.6%), W.P. Kuala Lumpur (10.9%) dan Kedah (4.6%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …