Tiga (3) garis panduan baharu di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] telah dilancarkan secara rasmi minggu lepas bagi memperkukuh tadbir urus data peribadi serta membina kepercayaan digital (digital trust) yang lebih teguh di Malaysia.
Langkah nyata oleh Kementerian Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) ini bertujuan memastikan ekosistem digital negara sentiasa selamat dan berdaya saing. Berikut adalah tiga “perisai” utama tersebut:
1️⃣ DPIA (Penilaian Impak Perlindungan Data) – Membantu organisasi mengenal pasti dan mengurus risiko pemprosesan data secara proaktif di peringkat awal.
2️⃣ DPbD (Mereka Bentuk Berdasarkan Perlindungan Data) – Memastikan perlindungan data peribadi diintegrasikan secara menyeluruh dalam keseluruhan kitaran hayat aktiviti pemprosesan data.
3️⃣ ADMP (Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan) – Memperkukuh tadbir urus dalam pelaksanaan keputusan automatik dan aktiviti pemprofilan secara telus, adil, dan bertanggungjawab.
Penyediaan garis panduan ini adalah fundamental penting dalam menyokong aspirasi Malaysia menjadi Negara AI menjelang tahun 2030, di mana kepercayaan rakyat menjadi asas kepada kemampanan ekonomi digital negara.
Sumber: Kementerian Digital



