JURUJUAL RUGI RM290,910 DIPERDAYA SKIM PELABURAN PALSU

Keghairahan seorang jurujual sebuah butik pakaian berjenama menggadai barangan kemasnya untuk meraih keuntungan berganda membawa padah apabila dia kerugian RM290,910 akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Wanita berusia 60 tahun yang menyedari tertipu itu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 12.59 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, jurujual berkenaan telah tertarik dengan tawaran skim pelaburan yang dilihatnya menerusi laman Facebook pada bulan Mei lalu.

“Skim pelaburan tersebut bukan sahaja menawarkan modal murah malah kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam sahaja. Mangsa yang rambang mata telah menyertai skim pelaburan itu sebelum diminta menambah modal kononnya sebagai syarat bagi menebus keuntungan diperolehi,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, begitupun janji pemberian keuntungan itu tidak ditunaikan sebelum wanita terbabit dihubungi pula individu tidak dikenali mengaku kononnya pegawai mengendalikan kes penipuan dalam talian.

Beliau berkata, ‘pegawai’ terbabit menawarkan bantuan kononnya untuk mendapatkan kembali modal pelaburan jurujual berkenaan.

“Mangsa yang percaya telah membuat pembayaran tambahan diarah suspek ke dalam 16 akaun bank diberikan sebanyak 57 kali antara 14 Jun hingga kelmarin,” katanya.

 

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2026/08/02/jurujual-rugi-rm290910-diperdaya-skim-pelaburan-palsu/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …