DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan Operasi Bersepadu ke-46 di sekitar Jalan Tun Syed Sheh Barakbah dan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).
Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kelancaran sistem pengangkutan penumpang, selain membanteras aktiviti ‘kereta sapu’ secara tegas. Secara keseluruhannya, tahap pematuhan pengusaha pengangkutan amat memuaskan. Walau bagaimanapun, sebanyak enam saman telah dikeluarkan atas kesalahan menghalang lalu lintas dan meletak kenderaan di kawasan larangan.
Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang https://www.facebook.com/SuruhanjayaPelabuhanPulauPinang



