SEJARAH PERKHIDMATAN TELEGRAM DI MALAYSIA

Sebelum kewujudan telefon bimbit dan internet, telegram merupakan antara medium komunikasi terpantas di Malaysia. Perkhidmatan ini diperkenalkan pada zaman pentadbiran British pada akhir abad ke-19 dan kemudiannya dikendalikan oleh Jabatan Telekom Malaysia. Talian telegraf pertama telah ditubuhkan oleh Jabatan Pos dan Telegraf  dari Kuala Kangsar ke Taiping pada tahun 1874. Ia menandakan permulaan era telekomunikasi di negara ini. Telegram digunakan untuk menyampaikan berita penting dan mendesak kepada individu, organisasi serta agensi kerajaan.

Mesej telegram dihantar menggunakan kod Morse melalui rangkaian telegraf sebelum dicetak dan disampaikan kepada penerima. Oleh sebab setiap patah perkataan dikenakan caj sebanyak 10 sen, mesej biasanya ditulis dengan ringkas dan padat. Contohnya, mesej seperti “Pulang segera, ayah sakit” sering dihantar bagi menyampaikan berita kecemasan. Kos yang dikenakan mengikut jumlah perkataan menyebabkan orang ramai hanya menggunakan telegram untuk perkara yang benar-benar penting.

Perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon, faksimili, e-mel dan telefon pintar akhirnya mengurangkan penggunaan telegram. Walaupun perkhidmatan ini tidak lagi digunakan, telegram kekal sebagai sebahagian daripada sejarah telekomunikasi Malaysia. Ia menjadi bukti bagaimana sistem komunikasi pada suatu ketika dahulu berjaya menyampaikan maklumat dengan pantas, sekali gus menjadi asas kepada perkembangan teknologi komunikasi moden yang dinikmati hari ini.

Telegram, yang merupakan sebahagian daripada pembangunan dan kemajuan Malaysia selama lebih daripada satu abad, akhirnya dihentikan pada 1 Julai 2012.

Penyedia perkhidmatan Telekom Malaysia Berhad mengumumkan dalam satu iklan pada Ahad 1 Julai 2012 bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan pada hari yang sama.

 

 

 

Rujukan : pustakailmu.arkib.gov.my; Wikipedia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …