Menjadi Kesalahan Jika Seseorang Individu Memegang Atau Menyimpan Kad Pengenalan Orang Lain Kecuali Bagi Pegawai Yang Diberi Kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Jika disabit kesalahan boleh dikenakan :
- Penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau
- Denda tidak melebihi RM20,000 atau
- Kedua-duanya sekali.

Sekiranya anda ingin membuat satu urusan penting yang memerlukan salinan kad pengenalan, pastikan salinan dokumen kad pengenalan anda telah DIPANGKAH atau DIPALANG dan ditulis atas urusan apa bagi mengelakkan kad pengenalan anda di eksploitasi oleh pihak lain.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara



