RAMPASAN DADAH DI SABAH DILUPUSKAN DI NEGERI SEMBILAN IKUT SOP PDRM

JAUTEH

KOTA KINABALU: Polis menjelaskan semua dadah yang dirampas di Sabah tidak dilupuskan di negeri ini, sebaliknya dihantar ke Negeri Sembilan untuk dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, penjelasan itu dibuat susulan persoalan yang sering dibangkitkan netizen mengenai proses pelupusan dadah rampasan di Sabah.

Katanya, walaupun nilai dan kuantiti rampasan dadah di Sabah adalah tinggi, proses pelupusan tetap dilaksanakan di sebuah pusat khas di Negeri Sembilan.

“Ada netizen bertanya mengapa mereka tidak pernah melihat pelupusan barang kes, terutama dadah yang dirampas di Sabah.

“Sebenarnya tiada pelupusan dibuat di Sabah. Semua barang kes mengikut SOP dan peraturan yang ditetapkan akan dibawa ke Semenanjung, iaitu di Negeri Sembilan, untuk dilupuskan,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Beliau berkata, proses pelupusan itu dilaksanakan secara telus mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan semua barang kes dimusnahkan dengan selamat.

“Orang ramai yang ingin melihat sendiri proses pelupusan itu boleh berbuat demikian di Semenanjung kerana ia dijalankan secara terbuka mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Sebab itu masyarakat tidak pernah melihat pelupusan dadah dibuat di Sabah walaupun banyak rampasan direkodkan di negeri ini,” katanya.

Jauteh berkata, PDRM akan terus memastikan semua barang kes, khususnya dadah, diurus dan dilupuskan mengikut peraturan serta SOP yang berkuat kuasa.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …