PERKASA OPERASI SAMBUNGAN AIR HARAM, POLIS TAHAN EMPAT INDIVIDU

SIDANG MEDIA: Jauteh memberikan sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

KOTA KINABALU: Polis Kontinjen Sabah memperkasa operasi membanteras penyambungan paip air secara haram di kawasan setinggan bagi membantu mengurangkan ketirisan bekalan air di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta agensi berkaitan dan sudah bermula sejak 15 Julai lalu.

“Setakat ini, empat individu sudah ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyambungan paip air secara haram.

“Individu yang ditahan membabitkan penduduk tempatan dan pemegang dokumen IMM13 yang menetap di kawasan setinggan.

“Mereka sudah diserahkan kepada Jabatan Air untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut peruntukan undang-undang mengikut jabatan itu,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Menurutnya, operasi akan dijalankan secara berterusan dengan memberi tumpuan kepada kawasan setinggan bermula dari Alamesra hingga Inanam.

“Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan sambungan yang dipotong tidak disambung semula.

“Hari ini kita putus, esok kita akan periksa semula. Jika disambung kembali, kita akan potong lagi, operasi ini akan dilaksanakan berterusan,” katanya.

Katanya, operasi itu dilaksanakan bagi membantu kerajaan negeri mengurangkan ketirisan bekalan air akibat penyambungan paip secara haram.

“Selain itu kita juga ingin mengurangkan bilangan rumah setinggan yang mana siasatan mendedahkan terdapat individu yang memiliki beberapa rumah sewa di kawasan setinggan berkenaan.

“Usaha ini bukan sahaja mengekang pertambahan kewujudan setinggan haram tetapi juga memastikan masalah ketirisan air dapat diatasi dan bekalan air disalurkan secara sah kepada pengguna,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …