PORTAL IDENGUE

Sistem iDengue Untuk Komuniti merupakan satu platform untuk menyebarkan maklumat denggi terkini di Malaysia kepada orang awam. Maklumat dalam sistem ini dikemaskini setiap hari.

Lapisan Maklumat Spatial

Berikut merupakan diantara lapisan maklumat spatial yang dipaparkan dalam iDengue untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pengguna;

  • Hotspot denggi
  • Kluster Harian
  • Status PPA Mingguan (Kes)
  • Status PPA Mingguan (Wabak)
  • Stesen COMBI
  • Maklumat Asas – (Lokaliti, Pusat Kesihatan, Sekolah)
  • Jumlah Kes Bulanan

Apakah Peranan Pengguna Dan Orang Awam? Bagaimana Idengue Dapat Membantu?

Pengguna boleh memberikan sebarang maklumbalas dan aduan berkaitan denggi kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya dengan menggunakan borang maklumbalas secara dalam talian melalui Portal iDengue. Segala maklumbalas, cadangan dan aduan daripada pihak pengguna akan disalurkan terus kepada pihak berkenaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Paparan Maklumat Denggi

  • Status bilangan kes denggi harian mengikut negeri;
  • Jumlah kes terkini mengikut negeri dan daerah;
  • Senarai kawasan dalam kluster wabak;
  • Senarai kawasan hotspot;
  • Peta kluster denggi dan maklumat-malumat denggi yang berkaitan;
  • Hebahan maklumat terkini aktiviti yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk makluman orang awam;
  • Maklumat berkaitan COMBI

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …