KEPKAS YAKIN ISU OPERASI PERNIAGAAN PELANCONG CHINA DI SABAH DAPAT DISELESAIKAN

BINCANG: Jafry (Kiri) Bersama Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Duduk) Dan Datuk Rubin Balang (Tengah) Sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Bermula Hari Ini.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) yakin isu melibatkan pelancong China yang menjalankan operasi perniagaan di negeri ini khususnya di Pantai Timur dapat diselesaikan dengan bantuan semua pihak yang berkaitan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian maklum mengenai masalah berkenaan dan sedang giat mengumpulkan data.

“Kita telah turun bersama-sama dengan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pejabat Daerah dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dalam memastikan masalah berkenaan dapat diambil tindakan.

“Ini melibatkan pelbagai agensi dengan bidang kuasa masing-masing yang perlu kita selaraskan.

“Saya amat yakin masalah ini akan dapat kita selesaikan dengan bantuan ataupun sebelum saya membawa kepada keputusan jemaah menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) mengenai tindakan yang sepatutnya diambil kerajaan untuk mengatasi masalah usahawan yang juga pelancong dari China beroperasi ke daerah-daerah di Sabah.

Jafry berkata, pihak KePKAS akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan isu terbabit dapat diselesaikan.

Terdahulu Shafie berkata, semasa lawatan ke Pulau Bohey Dulang di Semporna dua minggu lepas, pihaknya mendapati ratusan usahawan yang terdiri daripada pelancong China menjalankan operasi di resort yang bukan dimiliki oleh warga tempatan.

“Kebimbangan saya, keadaan ini akan mematikan usahawan tempatan yang juga rakyat Sabah. Kita bukan mahu pelancong dari China datang untuk menjadi usahawan.

“Saya juga sudah suarakan kepada Menteri Kewangan Pusat, Datuk Amir Hamzah mengenai usahawan China yang terlibat menggunakan Alipay yang mana bayaran mereka terus langsung ke China. Tidak ada pendapatan dalam negara kita kerana mereka tidak gunakan Visa atau Mastercard,” jelasnya.

Dalam pada itu Jafry berkata, buat masa ini KePKAS belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan cawangan rasmi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di Sandakan dan Tawau.

“Urusan penyelarasan, promosi dan pembangunan pelancongan di Pantai Timur Sabah terus dilaksanakan melalui ibu pejabat STB di Kota Kinabalu dengan kerjasama erat bersama agensi-agensi berkaitan.

“Ia termasuk, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah (JTPD), persatuan pelancongan serta pemain industri di Sandakan dan Tawau,” katanya menjawab soalan Alex Thien Ching Qiang (WARISAN-Tanjong Papat) mengenai cadangan penubuhan pejabat STB bagi memperkukuh penyelarasan, promosi dan pengurusan isu pelancongan di Pantai Timur Sabah.

Jafry berkata, KePKAS bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pejabat di Semporna bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta pengurusan permohonan di kawasan Pantai Timur Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …