DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

esi Libat Urus Pengurusan Perubahan Negeri Pulau Pinang – Sesi 1 bagi Projek Sistem Digital JPJ (REVAMP) telah diadakan sebagai platform untuk memperkukuh kesedaran, kefahaman, penerimaan serta kesiapsiagaan warga kerja dalam mendepani pelaksanaan transformasi digital di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai perkongsian berkaitan pengurusan perubahan, strategi pelaksanaan serta peranan setiap warga kerja dalam memastikan pelaksanaan Sistem Digital JPJ (REVAMP) dapat dilaksanakan secara menyeluruh, terancang dan berkesan.
Program ini turut membuka ruang kepada sesi perkongsian pandangan serta maklum balas ke arah penambahbaikan pelaksanaan sistem di peringkat negeri.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



