RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT

Seri Negeri – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di Klinik Kesihatan (KK) Bukit Rambai bagi meningkatkan keselesaan dan kecekapan perkhidmatan sementara menunggu pembinaan bangunan baharu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada tiga projek berkenaan telah siap pada 2025 manakala satu lagi projek naik taraf dijangka siap pada Ogos depan.

Hee Sem berkata, usaha itu dilaksanakan bagi memastikan penduduk terus menerima perkhidmatan kesihatan yang selesa, selamat dan berkualiti sepanjang tempoh menunggu projek klinik baharu direalisasikan kelak.

“Pada tahun 2025 projek naik taraf bangunan dan infrastruktur KK Bukit Rambai membabitkan kos RM800,000 telah dilaksanakan dalam tempoh 16 minggu yang mana siap pada 24 November 2025.

“Ia diikuti dengan Projek Pemagaran Tapak Tambahan KK Bukit Rambai dengan kos RM 250,000 yang mana projek ini telah siap pada 28 November tahun sama.

“Manakala Projek Naiktaraf Kemudahan dan Infrastruktur KK Bukit Rambai turut dilaksanakan pada tahun ini membabitkan kos RM200,000 yang bermula pada 26 Jun lalu dan dijangka siap pada Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wira Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Hee Sem, apabila projek pembinaan KK Bukit Rambai Jenis 3 kelak siap, beberapa perkhidmatan akan dipertingkatkan dengan kemudahan yang lebih lengkap.

“Antara pertambahan perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan radiologi (X-RAY), pergigian, pemakanan dan dietetik serta optometri.

“Selain itu ia turut akan membolehkan perkhidmatan KK Bukit Rambai dilaksanakan secara lebih menyeluruh termasuk pengukuhan perkhidmatan pesakit luar, keecemasan, kesihatan ibu dan anak serta makmal,” katanya.

Jelas beliau, secara keseluruhan pembinaan klinik baharu ini bukan sahaja menambah jenis perkhidmatan yang boleh diakses oleh penduduk setempat tetapi juga meningkatkan keselesaan pesakit, mengurangkan kesesakan, memendekkan masa menunggu serta memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di kawasan Bukit Rambai termasuk sekitarnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …

TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja …