SEKOLAH TEMPAT MENIMBA ILMU, BUKAN MEDAN KEGANASAN

Setiap murid berhak hadir ke sekolah dengan rasa selamat dan pulang ke rumah tanpa sebarang ketakutan.

Tragedi yang berlaku mengingatkan kita bahawa keganasan tidak pernah menjadi jalan penyelesaian. Dalam beberapa saat, satu tindakan yang didorong oleh kemarahan mampu mengubah kehidupan ramai pihak sama ada mangsa, keluarga, rakan dan juga pelaku itu sendiri.

Marilah kita bersama-sama membina budaya saling menghormati, mengawal emosi, mengambil berat terhadap perubahan tingkah laku rakan serta berani mendapatkan bantuan apabila berdepan tekanan.

Sekolah yang selamat bermula dengan sikap dan tindakan setiap daripada kita.

  • Hormati nyawa.
  • Kawal emosi.
  • Tolak keganasan.

 Sumber: Institut Integriti Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …