BENTENG NEGARA BERMULA DENGAN RAKYAT

KOKENUT SHAKE DULU | MELAKAfm 102.3 |
BENTENG NEGARA BERMULA DENGAN RAKYAT
Alhamdulillah, Pengarah Keselamatan Negeri, Tuan Norazle bin Sulaiman, telah bersiaran secara langsung sebagai tetamu jemputan dalam program “Kokenut Shake Dulu” di Melaka FM 102.3 bagi membincangkan topik “Bulan Keselamatan Negara: Benteng Negara Bermula Dengan Rakyat.”
Sesi perkongsian ini memberi penekanan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada agensi keselamatan, malah bermula daripada kesedaran, tanggungjawab dan semangat patriotisme setiap rakyat. Keamanan yang dinikmati hari ini merupakan hasil kerjasama semua pihak dalam memelihara kedaulatan, keharmonian serta kesejahteraan negara.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada RTM Melaka dan Melaka FM atas peluang yang diberikan untuk berkongsi aspirasi serta menyebarluaskan mesej keselamatan negara kepada masyarakat.
Terima kasih juga kepada semua pendengar yang mengikuti siaran secara langsung dan sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh keselamatan negara.
🇲🇾 Bulan Keselamatan Negara 2026
“Benteng Negara Bermula Dengan Rakyat”
Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

ADA HAIWAN BERBISA DI RUMAH? JANGAN PANIK!

Haiwan berbisa seperti ular boleh muncul tanpa diduga. Yang penting, jangan bertindak melulu atau cuba menangkapnya sendiri. Pastikan rumah dan …