Ramai yang bersemangat untuk tunjukkan rasa cinta pada negara, tetapi jangan sampai tersalah langkah ya!
Jom semak panduan ringkas cara penggunaan bendera Malaysia yang betul:
BOLEH:
- Gunakan bendera yang sempurna tanpa tindihan teks/ gambar.
- Gunakan warna asas bendera (merah, biru, kuning, putih) untuk hiasan seperti topi, kipas atau busana fesyen.
TIDAK BOLEH:
- Menindih bendera dengan tulisan atau logo.
- Mengubah rupa fizikal bendera menjadi angka atau objek lain.
- Melukis atau membalut bendera terus pada objek seperti kasut atau bola.
- Menjadikan bendera (bukan warna asas) sebagai pakaian penuh.
Sama-samalah kita menjaga kehormatan identiti negara kita.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia



