DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berbesar hati menjadi rakan strategik dalam menjayakan Program Sembang Santai Kepenggunaan bersama komuniti anjuran MPKK Bukit Gedung yang berlangsung pada 28 Jun 2026 (Ahad) di Taman Poket Bukit Gedung, Bayan Baru.
Melalui program ini, KPDN telah mengadakan sesi Pocket Talk dan Pameran mengenai peranan KPDN, Dasar Pengguna Negara 2. 0 dan juga Pengenalan mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti senamrobik,pertandingan mewarna kanak-kanak, gotong-royong memasak bubur asyura dan aktiviti yang mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
Sumber : KPDN pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



