PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Majlis Penutup Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Mej (PA) Muhammad Zakhir Bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Sektor Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Perkhemahan ini telah menghimpunkan seramai 70 orang kadet yang berjaya menamatkan semua ujian dan penilaian yang telah ditetapkan, sekali gus melayakkan mereka menerima kenaikan pangkat ke Sarjan Kadet KASPA.
Program ini bertujuan membentuk kadet yang berdisiplin, berdaya tahan, berpengetahuan serta memiliki kemahiran kepimpinan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan. Sepanjang perkhemahan, para peserta telah mengikuti pelbagai modul teori dan praktikal yang menguji aspek fizikal, mental serta semangat kerja berpasukan.
                                                                                                                                                                                    Sumber  :  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/APMPenang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …