PERSIDANGAN SOSEK MALINDO KE-22 PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK MALAYSIA-INDONESIA

PERTEMUAN SOSEK MALINDO KE-22 PERKUKUH KERJASAMA MALAYSIA–INDONESIA

Pertemuan Tim Teknik dan Persidangan ke-22 Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Malaysia–Indonesia (JKK/KK SOSEK MALINDO) Tingkat Kepulauan Riau/Provinsi Riau – Peringkat Negeri Melaka/Johor Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 hingga 25 Jun 2026 di Wyndham Panbil Hotel, Kota Batam, Indonesia.

Program yang dianjurkan oleh Provinsi Kepulauan Riau ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ansar Ahmad, Gabenor Kepulauan Riau.

Persidangan tahunan ini menghimpunkan seramai 192 delegasi yang terdiri daripada wakil Negeri Melaka, Johor, Provinsi Kepulauan Riau dan Riau. Penganjuran persidangan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam pertukaran maklumat berkaitan pembangunan sosioekonomi serta aspek keselamatan di kawasan sempadan bersama.

Selain membincangkan pelbagai inisiatif pembangunan dan keselamatan rentas sempadan, persidangan ini turut berperanan mengeratkan hubungan diplomatik, persefahaman serta semangat kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Dalam majlis makan malam, YBhg. Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) selaku Ketua Delegasi Negeri Melaka telah menyampaikan ucapan serta menyatakan kesediaan Negeri Melaka untuk menjadi tuan rumah penganjuran SOSEK MALINDO Ke-23 pada tahun 2027.

Air selat tenang beralun,
Tanah pamah tempat bertani;
Persahabatan terjalin kukuh dan santun,
Malaysia dan Indonesia kekal harmoni.

Semoga jalinan kerjasama erat yang terjalin menerusi platform SOSEK MALINDO terus diperkasakan demi kesejahteraan, keselamatan dan kemakmuran bersama.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …