PENGEDAR DADAH DITAHAN, SYABU RM5,500 DIRAMPAS

TANGKAP: Suspek pengedar dadah ditahan bersama syabu seberat 50.75 gram dalam serbuan polis di Kampung Sharip Simunul, Lahad Datu.

LAHAD DATU: Kegiatan seorang lelaki warga asing yang dipercayai aktif mengedar dadah di daerah ini terbongkar apabila ditahan dalam serbuan Op Tapis di Kampung Sharip Simunul, di sini, semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah disyaki syabu seberat 50.75 gram yang dianggarkan bernilai RM5,582.50.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek lelaki warga asing berusia 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dalam operasi yang dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek menemukan lapan paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki syabu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah seberat 50.75 gram dengan anggaran nilai pasaran RM5,582.50.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dzulbaharin berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan, serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah berkenaan serta mengesan rangkaian pengedaran yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah dadah amat dihargai bagi memastikan daerah ini bebas daripada ancaman dadah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …