OPS KHAS MOTOSIKAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang membuktikan ketegasan mereka melalui Ops Pengarah Bil.10/2026 (Ops Khas Motosikal) yang digerakkan di Lorong Motosikal Jambatan Pulau Pinang 1 bermula jam 8:30 malam sehingga 12:00 tengah malam, sekatan khas ini memfokuskan kepada penguatkuasaan total demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Operasi berskala besar ini digerakkan dengan kekuatan 36 orang anggota termasuk pegawai. Sebanyak lebih 400 buah motosikal telah diperiksa dalam tempoh tidak sampai empat jam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 249 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Angka yang tinggi ini mencerminkan sikap acuh tak acuh segelintir penunggang terhadap peraturan keselamatan diri dan orang awam.
                                                                                                                                                                                      Dalam operasi tersebut sebuah motosikal mewah berjenama Harley Davidson turut disita kerana melakukan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh hampir satu tahun serta menunggang tanpa sebarang perlindungan insurans. Status kenderaan mewah bukan tiket untuk kebal daripada undang-undang.Selain itu, 4 buah motosikal yang dipandu oleh Pemandu Warga Asing (PeWA) disita serta-merta akibat tidak memiliki lesen memandu yang sah.
                                                                                                                                                                                    Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …