AIDILADHA: MELAKA ANJUR JUALAN RAHMAH MADANI DI 96 LOKASI

Ayer Keroh – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka akan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di 96 lokasi seluruh negeri ini bermula Ahad hingga 26 Mei.

Pengarah KPDN Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, PJRM menawarkan 70 hingga 110 barangan yang antaranya ayam segar, daging dan telur dengan tawaran diskaun antara 10 ke 30 peratus.

“Penganjuran PJRM sempena sambutan Hari Raya Aidiladha berlangsung selama tiga hari secara bergilir di 96 lokasi seluruh Melaka.

“Menerusi jualan ini pengguna ditawarkan harga jauh lebih rendah berbanding pasaran, kami berharap usaha dilaksanakan ini mampu membantu rakyat membuat persiapan menyambut hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 54 yang berlangsung di Kompleks Kastam, hari ini.

Menurutnya, kerjasama KPDN bersama pihak terlibat seperti pasaraya secara tidak langsung dapat memudahkan pengguna mendapat bekalan.

“Penganjuran jualan ini juga bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat tanpa mengira latar belakang atau kedudukan geografi,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …