INTERVENSI PASARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Selaras dengan mandat untuk menstabilkan pasaran dan memastikan keseimbangan rantaian bekalan makanan, FAMA Negeri Pulau Pinang terus komited melaksanakan langkah intervensi pasaran melalui pelbagai inisiatif strategik.

FAMA telah melaksanakan jualan intervensi di Kompleks Peniaga Kecil Taman Guar Perahu, SPT Pulau Pinang dengan menawarkan pelbagai hasil pertanian segar seperti mangga Bayam, Kankung, Timun, Cili Merah, Tomato, Halia dan Kacang Bendi. Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan makanan harian pada harga yang berpatutan, khususnya di kawasan tumpuan bandar.

FAMA akan terus memperkukuh peranan sebagai penghubung antara pengeluar dan pengguna melalui pelaksanaan program intervensi secara berterusan di lokasi-lokasi strategik, selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara.

Sumber  :  FAMA pulau Pinang  https://www.facebook.com/profile.php?id=100068789607106

Artikel/Berita Terkini

341 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPS PELICAN, SINDIKET PENIPUAN ANTARABANGSA TUMPAS

SIDANG MEDIA: Jauteh menunjukkan alat telekomunikasi dan komputer riba yang dirampas sepanjang operasi JSJK. KOTA KINABALU: Polis Sabah menumpaskan sindiket …

MINDET TERUS SOKONG SYARIKAT SABAH TEMBUSI PASARAN GLOBAL

LAWAT: Ewon melawat pameran BTC, antara syarikat tempatan Sabah yang menyertai expo terbabit. SEOUL: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan …

POLIS RAMPAS SYABU HAMPIR RM8 JUTA, BURU TIGA LAGI SUSPEK DALAM OP BAYU 9

RAMPAS: Dadah yang dirampas semasa serbuan Op Bayu 9 yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini 22 Mei lalu …