PERTIKAIAN LALUAN BSI – RANGGU PERLU SELESAI IKUT UNDANG-UNDANG – LO

LO 

TAWAU: Semua pihak yang terlibat dalam pertikaian laluan jalan pintas antara kawasan Bandar Sri Indah (BSI) dan Ranggu diminta bertenang serta tidak bertindak mengikut emosi, sebaliknya menyelesaikan isu itu menerusi saluran undang-undang dan dialog terbuka.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, isu berkenaan yang sudah berlarutan sejak sekian lama perlu ditangani secara berhemah dengan mengutamakan peruntukan undang-undang sebagai asas penyelesaian.

Katanya, sebarang tindakan tidak wajar dibuat berdasarkan tekanan emosi atau kekuatan sokongan di lapangan, sebaliknya perlu berpandukan prosedur serta ketetapan pihak berkuasa.

“Bagi saya, semua pihak perlu cool down dan bertenang. Kita mesti bertindak berdasarkan undang-undang.

“Ini bukan isu baharu, sudah lama berbangkit melibatkan pelbagai pihak. Jadi demi kesejahteraan semua, kita perlu kembali kepada asas iaitu undang-undang sebagai rujukan utama,” katanya ketika mengulas isu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta wakil rakyat lain bagi mencari penyelesaian secara bersama.

Menurutnya, pendekatan terbaik adalah melalui sesi dialog aman yang melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk penduduk dan pihak berkuasa.

“Kalau boleh, kita adakan dialog aman yang diketuai Jabatan Tanah dan Ukur kerana isu ini melibatkan penggunaan tanah.

“Libat urus semua pihak penting supaya penjelasan dapat diberikan dengan jelas dan tidak timbul lagi kekeliruan atau salah faham,” katanya.

Sebelum ini, isu laluan berkenaan mencetuskan perhatian apabila kira-kira 1,000 penduduk Bandar Sri Indah (BSI) dan Ranggu masing-masing mengadakan perhimpunan aman berhubung status serta penggunaan laluan yang dipertikaikan.

Isu itu turut melibatkan dakwaan berhubung status rezab jalan serta perbezaan pandangan antara penduduk dan pihak pemaju, sekali gus menimbulkan perdebatan dalam kalangan komuniti setempat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …