PESTA KAAMATAN RELEVEN SEBAGAI MEDIUM PERPADUAN

TINJAU: Joachim (tengah) meninjau gerai-gerai pameran semasa di majlis berkenaan.

KOTA MARUDU: Perayaan Pesta Kaamatan kekal relevan sebagai medium menyatukan rakyat dan memperkukuh keharmonian masyarakat di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, semangat perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini terus disemarakkan menerusi sambutan Perayaan Pesta Kaamatan.

“Tema sambutan tahun ini, ‘Kaamatan Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian’, amat signifikan dalam menggambarkan kehidupan rakyat Sabah yang hidup dalam suasana aman, saling menghormati dan bersatu padu walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu, di Pentas Terbuka, Padang Kota Marudu, sini, pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, Kaamatan bukan sahaja perayaan tradisi masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut, tetapi telah menjadi simbol perpaduan seluruh rakyat Sabah.

“Kita meraikan keharmonian yang kita kecapi di Sabah, dan kita tuai persamaan atau perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026, berkata, itulah kekuatan sebenar Sabah yang perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Menurutnya, sambutan Kaamatan perlu dijadikan platform untuk memperkukuhkan hubungan masyarakat, selain memelihara adat, budaya dan nilai warisan yang menjadi identiti rakyat Sabah sejak sekian lama.

Katanya, semangat kebersamaan yang ditunjukkan masyarakat di Kota Marudu membuktikan bahawa perpaduan mampu menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan daerah serta negeri secara keseluruhan.

Dalam masa sama, beliau menyeru generasi muda agar terus menghargai budaya dan tradisi warisan sambil mempersiapkan diri menghadapi cabaran masa depan dengan semangat perpaduan dan jati diri yang kukuh.

Pelbagai pengisian program diadakan sepanjang sambutan Kaamatan daerah ini termasuk Unduk Ngadau, Sugandoi, persembahan kebudayaan, pertandingan pameran agensi kerajaan, jualan produk tempatan serta penyertaan komuniti pelbagai lapisan masyarakat, dan banyak lagi acara lain.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …