DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sekitar Nibong Tebal, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Seberang Jaya melibatkan 14 orang Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 204 premis.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, Pemeriksaan dibawah Akta Pelindungan Pengguna, Rondaan Bermotor, Pemeriksaan Halal, Siasatan Aduan oleh pengguna serta pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.



