LELAKI DITAHAN DISYAKI SELEWENG 1,350 LITER DIESEL

TANGKAP: Suspek ditahan bersama 1,350 liter diesel yang disyaki cuba diseleweng dalam serbuan berkenaan.

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan 1,350 liter diesel dalam satu serbuan di sebuah bengkel terbiar di Jalan Damai, di sini, pada Selasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memaklumkan, tangkapan dibuat hasil serahan kes oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sebuah lori 8 tan yang telah diubah suai dengan tangki tambahan dipercayai digunakan bagi menyimpan bahan api berkenaan.

“Turut dirampas beberapa peralatan seperti tong drum besi, hos paip minyak dan mesin pam,” menurut kenyataan itu, hari ini.

KPDN berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk 1,350 liter diesel dianggarkan berjumlah RM104,256.25.

RAMPAS: Sebahagian 1,350 liter minyak diesel yang dirampas dalam operasi di sebuah bengkel terbiar di Tawau.

Sehubungan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi siasatan lanjut.

“Suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an kini sedang disiasat bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, KPDN menegaskan pihaknya memandang serius sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat.

“Kerjasama berterusan bersama agensi penguat kuasa lain akan diperkukuh bagi membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …