20 DITAHAN, RAMPASAN LEBIH RM2.24 JUTA DALAM OPERASI PGA LAHAD DATU

OPERASI: Antara pemeriksaan dan rampasan pelbagai barangan hasil operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang April tahun ini.

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 menahan 20 individu serta merampas pelbagai barangan bernilai RM2.24 juta menerusi operasi bersepadu sepanjang April lalu.

Menerusi Facebook rasmi, Batalion 17 PGA Lahad Datu memaklumkan sebanyak 16 serbuan dijalankan dengan 27 laporan polis direkodkan hasil penugasan Cawangan Risik serta Op Taring Esszone Kompeni A.

Katanya, daripada jumlah tangkapan, seramai 19 lelaki dan seorang wanita ditahan melibatkan 15 warga tempatan serta lima warga asing.

“Rampasan membabitkan pelbagai barangan termasuk ketum, dadah jenis syabu, bahan buangan terjadual, produk sejuk beku serta barangan kawalan seperti minyak masak, tong gas, petrol dan diesel selain kenderaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,248,138.20,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, antara kejayaan utama ialah penahanan seorang lelaki warga asing bersama syabu seberat 32.15 gram di kawasan Tungku pada 6 April lalu.

“Selain itu, dua lelaki tempatan turut ditahan di Silabukan pada 8 April bersama empat bungkusan serbuk ketum seberat empat kilogram serta 10 botol air ketum yang sudah diproses.

“Kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, dalam operasi berasingan Op Tiris 4.0 pada 17 April di Batu 5, seorang lelaki tempatan turut ditahan bersama rampasan lima tong drum dan 12 jerikin berisi diesel dengan anggaran 1,240 liter.

“Kes itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63, Enakmen Haiwan Sabah 2015 serta Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Batalion 17 PGA Lahad Datu turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Lahad Datu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah atas kerjasama dalam operasi penguatkuasaan.

“Pasukan itu menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras jenayah serta menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …