DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Telah berlangsung program JIWA@Kelab Malaysiaku hari ini dengan pengisian kuiz pengetahuan am, taklimat kenegaraan dan taklimat dari pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Objektif utama Kelab Malaysiaku ditubuhkan adalah bagi memperkukuh semangat kenegaraan dan memupuk rasa cinta terhadap tanah air sejak dibangku sekolah selain dapat membina jati diri dalam kalangan generasi muda.
Selari dengan perkembangan era digital, NADI telah menyampaikan taklimat tentang Kempen Internet Selamat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan siber serta etika penggunaan internet secara bertanggungjawab.
Sumber : Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut https://www.facebook.com/JaPenDTL



