TIGA LELAKI DITAHAN, SYABU RM8,000 DIRAMPAS DI SIPITANG

RAMPAS: Dadah disyaki syabu seberat 77.9 gram yang dirampas dalam serbuan di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang.

SIPITANG: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan selepas polis merampas dadah disyaki syabu seberat 77.9 gram bernilai kira-kira RM8,000 dalam serbuan di Kampung Tanjung Pagar, di sini, Sabtu lalu.

Serbuan kira-kira jam 4.15 pagi itu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Balai Polis Sindumin dan Sipitang.

Ketua Polis Daerah Sipitang, SuperintendanAwang Anak Suanda berkata, suspek pertama berusia 39 tahun ditahan selepas cuba melarikan diri ketika serbuan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui satu paket plastik mengandungi dua bungkusan berisi hablur jernih disyaki syabu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan awal turut mendapati suspek mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, dua lagi lelaki tempatan berusia 29 dan 27 tahun turut ditahan dalam serbuan berasingan di lokasi sama kira-kira jam 10.31 pagi.

“Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta wang tunai berjumlah RM24,225 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek didapati negatif dadah hasil ujian saringan awal,” katanya.

Menurutnya, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(a) akta sama.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan rangkaian pengedaran dadah terbabit,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …