‘MELAKA LAKSANA’, ‘MELAKA MONITOR’ PANTAU INISIATIF BAJET 2026

Seri Negeri – Sebanyak dua sistem kawalan bersepadu digunakan Kerajaan Negeri bagi memantau inisiatif Bajet 2026 Negeri Melaka yang telah dibentangkan hujung tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kedua-dua sistem itu juga diwujudkan bagi memastikan kesemua inisiatif itu berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Jelas beliau, Melaka Laksana merupakan sistem yang dapat meneliti secara menyeluruh dan prestasi pelaksanaan inisiatif dan projek yang dirancang.

“ ‘Melaka Laksana’ ini merupakan sistem yang dibuat secara sistematik, telus dan berdasar data semasa bagi memastikan inisiatif-inisiatif ini memberi impak secara terus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata, bagi sistem ‘Melaka Monitor’ pula, ia membolehkan Exco-Exco Kerajaan Negeri memantau status pelaksanaan inisiatif secara terperinci, termasuklah dalam aspek punca pembiayaan dan lain-lain.

Ujar beliau, ia secara tidak langsung membantu memperkukuh sistem kewangan dan memastikan perbelanjaan itu disalur secara optimum demi rakyat.

“Pada masa sama, status pelaksanaan dan inisiatif Bajet 2026 juga dipantau rapi setiap Exco Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Post-Exco masing-masing.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh tadbir urus dalam memastikan Bajet 2026 dilaksana secara berkesan, telus dan berimpak tinggi,” tambahnya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …